PRAWISH

Pusat Ruqyah Premium dengan Sentuhan Teknologi Frekuensi

PRAWISH - Pusat Ruqyah Premium

Keseimbangan Rohani & Sains Moden

Rawatan Islamik bertaraf profesional untuk tubuh dan jiwa anda

Tempah Sesi Sekarang

Apa Itu PRAWISH?

PRAWISH ialah pusat rawatan Islam moden yang menggabungkan kekuatan ruqyah syar'iyyah dan teknologi frekuensi untuk menyentuh kesihatan tubuh dan jiwa secara holistik. Kami menawarkan servis bertaraf profesional yang selamat, efektif dan dipandu oleh al-Qur'an dan Sunnah.

Jika anda sedang berdepan tekanan, gangguan, atau rasa tidak tenang tanpa sebab...
Di sinilah tempat anda temui kelegaan, kejelasan, dan ketenangan yang sebenar. Dengan izin Allah, setiap langkah anda ke PRAWISH adalah ikhtiar menuju kesembuhan sejati – bukan sekadar sembuh dari penyakit, tapi pulih dari luka yang tidak nampak di mata.

Perkhidmatan Premium

  • 💎 Pakej Hijrah Premium Care (Ruqyah + Frekuensi + Konsultasi + Booster)
  • 🧕🏻 Muslimah Premium Wellness (Rahim + Emosi + Aura Touch)
  • 📡 Terapi Frekuensi (iTeraCare) berkesan & selamat
  • 🕌 Rawatan Solat Hajat & Doa Khusus VIP
  • 🏠 Pagar Rumah/Kedai/Pejabat – pemagaran spiritual & ruqyah lokasi

Kenapa Pilih Kami?

  • ✔️ Rawatan Ruqyah Syar`iyyah + teknologi terkini
  • ✔️ Privasi & suasana eksklusif
  • ✔️ Rawatan oleh perawat bertauliah
  • ✔️ Pengalaman spiritual & relaksasi
  • ✔️ Sistem keahlian eksklusif: Hijrah Rewards

Apa Kata Mereka?

“Alhamdulillah Auntie dan Uncle David OK, dah tak nampak tanda gangguan. Uncle pun semakin sihat serta kencing manisnya semakin pulih.”
— Auntie Kay, Scotland
“Selepas rawatan ruqyah dan terapi frekuensi di PRAWISH, sakit kepala yang saya alami setiap hari selama bertahun-tahun hilang serta-merta. Saya rasa lebih tenang, lebih kuat untuk solat dan bekerja.”
— Cik Hani, Kuala Lumpur
“Anak saya yang autistik makin mudah tidur malam selepas beberapa sesi rawatan. Dia juga kurang tantrum. Syukur jumpa PRAWISH, rawatan yang lembut tapi sangat berkesan.”
— Puan Sarah, Shah Alam

Sedia Untuk Menjemput Kesembuhan?

Jangan biarkan diri terus dalam kebimbangan. Kadang yang kita rasa sebagai penyakit biasa, rupanya adalah luka dalam jiwa yang belum dirawat. Di PRAWISH, kami mendengar, merawat dan mendoakan. Biar kami bantu anda rasa lega semula.

📍 No 12, Lorong Bahagia 2, Jalan Sg. Kajang Lama, Tanjung Karang

📲 WhatsApp: 011-56594115

WhatsApp Sekarang
© 2025 PRAWISH | Semua Hak Terpelihara

"Sebelum Anda Bergantung dengan Ubat, Serah Diri untuk Pembedahan atau Insulin Seumur Hidup ..."

"Cuba BACA dulu tentang ikhtiar rawatan komplimentari yang kami sediakan. Ramai dah rasa perubahannya, anda bila lagi?"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Saya, Ustaz Kamal Din, pengasas PRAWISH — Pusat Ruqyah Premium, dengan penuh rendah hati ingin mengalu-alukan kehadiran Tuan dan Puan ke pusat rawatan kami yang berdiri atas prinsip ilmu, amanah, dan kasih sayang.
Saya telah berguru secara langsung selama setahun bersama Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Kumpulan ke-24), dan dari situlah bermula permusafiran saya dalam dunia rawatan Islam yang penuh keberkatan ini.
Dengan izin Allah, sejak pendaftaran rasmi pada tahun 2021, kami telah menerima lebih 2,500 pesakit dari seluruh pelusuk negara – setiap satu membawa cerita, harapan dan ikhtiar untuk sembuh. Dan kami di sini sebagai penyampai usaha, bukan penyembuh — kerana penyembuh sebenar hanyalah Allah SWT.
Dengan gabungan ruqyah syar’iyyah, teknologi frekuensi moden, herba warisan, dan pemakanan sunnah, kami berusaha membantu mereka yang diuji – sama ada dari sudut fizikal, emosi mahupun gangguan rohani.
Pegangan saya jelas, berpaksikan sabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat buat orang lain.”
Semoga Tuan dan Puan dipilih oleh Allah untuk menerima kesembuhan melalui tangan kami yang hina ini.
PRODUK PENAWAR AL HIJRAH : Penyembuh Alami untuk Kesihatan Anda
Adakah anda sering merasa lemah, letih, atau terganggu dengan masalah kesihatan yang tak kunjung reda?
 
🌿 PENAWAR AL HIJRAH hadir sebagai alternatif terbaik, dengan kekuatan alam semulajadi yang
telah terbukti sejak zaman dahulu untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.

 

Bukan sekadar herba biasa, PENAWAR AL HIJRAH adalah rahsia kebersihan rohani dan tubuh
yang memberi manfaat luar biasa kepada kesihatan mental dan fizikal.

 

🌱 Ia mampu mengatasi gangguan jin, sihir, saka dan santau
🌱 Ia mampu merawat gangguan tidur
🌱meningkatkan sistem imun
🌱mengurangkan stress dan anxiety
🌱masalah angin, gerd dan masalah pernafasan
🌱 Ia mampu mengatasi masalah kulit
🌱membantu atasi masalah sendi dan sakit badan
🌱 memberi kesan penyembuhan pada tubuh secara keseluruhan.
Dengan formula yang telah diselaraskan khas untuk anda, setiap titisan PENAWAR AL HIJRAH
mengandungi tenaga dan khasiat alam semulajadi yang menenangkan jiwa dan memberi kesejahteraan yang sebenar.

 

Lebih Sihat, Lebih Bertenaga, dan Lebih Bahagia – itu janji kami.

 

Jangan tunggu lagi.

 

Biarkan PENAWAR AL HIJRAH membawa transformasi kesihatan kepada diri anda.
Untuk tubuh yang lebih sihat dan jiwa yang lebih tenang, pilihlah PENAWAR AL HIJRAH 
sebagai pilihan utama dalam kehidupan anda! 💚

 

#KeberkatanSunnah#PemakananSunnah#ProdukBidara #AlternatifAlami #KesihatanTerbaik

Produk Terkini

SOP Rawatan

Janjitemu

Membuat janjitemu terlebih dahulu bila dan masa yang dipersetujui.

Tutup Aurat

Pesakit hendaklah memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.

Bawa Mahram

Bagi pesakit perempuan perlu membawa teman atau mahram bersama.

Larangan Merakam

Pesakit dilarang merakam ketika sesi rawatan melainkan dengan keizinan perawat.

Konsultasi

Sesi konsultasi 15 minit – 30 minit akan diberikan sejurus selesai sesi rawatan.

Pemantauan

Pesakit akan sentiasa mendapat pemantauan dan nasihat dari kami selepas rawatan diberikan.

Rawatan Susulan

Jika perlu, rawatan susulan perlu dilakukan samada di pusat rawatan atau dirumah pesakit sendiri.

Soalan Lazim

Dialamat seperti berikut:

No 12, Lorong Bahagia 2, Jalan Sungai Kajang Lama, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.

Klik link untuk ke lokasi:

https://goo.gl/maps/ULuBYdurMkFF7CS99

Kami menawarkan 2 pakej rawatan iaitu:

  1. Ruqyah Syar`iyyah menggunakan ayat-ayat suci Al Quran dan Doa-doa dari Hadis Nabi SAW serta zikirullah.
  2. Terapi Frekuensi yang menghasilkan gelombang terahertz membantu melancarkan peredaran darah, menguatkan imuniti, memperbaiki masalah urat saraf serta otot dengan cepat.

Ya, data dan maklumat pesakit akan dirahsiakan dari makluman umum melainkan jika ada keperluan dan keizinan pesakit sendiri.

Cara Ruqyah dijalankan adalah seperti berikut:

  1. Ustaz meletakkan tapak tangan dibahagian kepala, tengkuk, pinggang dan bahagian lain sekiranya perlu.
  2. Ustaz juga menggunakan kaedah tepuk, tiup, sapu dan tekan jika perlu.

Tempoh ruqyah dijalankan bergantung kepada keadaan pesakit. Anggaran masa untuk seorang pesakit antara 30 min hingga 45 minit.

Prosedurnya adalah seperti berikut:

  1. Membuat janjitemu terlebih dahulu bila dan masa yang dipersetujui.
  2. Pesakit hendaklah memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
  3. Bagi pesakit perempuan perlu membawa teman atau mahram bersama.
  4. Pesakit dilarang merakam ketika sesi rawatan melainkan dengan keizinan perawat.
  5. Sesi konsultasi 15 minit – 30 minit akan diberikan sejurus selesai sesi rawatan.
  6. Pesakit akan sentiasa mendapat pemantauan dan nasihat dari kami selepas rawatan diberikan.
  7. Jika perlu, rawatan susulan perlu dilakukan samada di pusat rawatan atau dirumah pesakit sendiri.

Sebaiknya pesakit dihadiri bersama dengan pasangan @ ahli keluarga yang lain.

Ya, perawat kami mendapat tauliah dan ijazah dari Pusat Rawatan Islam Darus Syifa dibawah bimbingan Al Marhum Tuan Guru Dr. Haron Din dan juga Ijazah dari Persatuan Hijamah Malaysia. Selain itu, perawat kami juga menganggotai Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM) sejak tahun 2020.

Selain itu juga, perawat memiliki Sijil Sarjana (Master) dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua serta Sijil Diploma Perguruan Bahasa Arab & Pendidikan Islam. 

Beliau mempunyai pengalaman merawat lebih 10 tahun secara sepenuh masa.

Sejak ianya ditubuhkan dan mendapat lesen perniagaan serta lesen dari PBT secara rasmi pada 6 tahun lalu, sudah lebih dari 2000 orang pesakit yang telah mendapatkan khidmat rawatan di Pusat Rawatan ini.

Untuk mendapatkan rawatan perlu melalui proses berikut:

  1. `Whatsapp` kami untuk membuat janjitemu.
  2. Boleh juga terus hadir (Walk In) ke premis.
  3. Isi butiran yang diperlukan.
  4. Untuk Whatsapp, Tunggu maklumbalas dari kami dalam tempoh 24 jam.
  5. Janjitemu dipersetujui bersama.

Whatsapp kami di talian:

  • 01156594115 – Cik Naiha
  • 01126398003 – Puan Salina

Boleh jika perlu. Rawatan jarak jauh hanya dilakukan melalui doa dan solat hajat (1/3/7 malam berturut-turut) dari perawat serta Air Mineral dan set rawatan (jika perlu) yang didoakan khusus diposkan kepada pesakit.

Ya, Boleh insyaAllah. Ini kerana di Pusat Rawatan ini menggabungkan 3 eleman rawatan kepada pesakit iaitu Ruqyah, Terapi Frekuensi dan Bekam Klinikal yang diyakini dapat membantu mengurangi serta menyembuhkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh para pesakit.

Tidak boleh.

Mengetahui sakit seseorang hanya dengan nama atau gambar atau dari cerita-cerita yang disampaikan, itu semua mengarut dan terdedah kepada gharar (penipuan). 

Juga berkemungkinan perawat tersebut meminta bantuan dari makhluk ghaib yang biasa disebut sebagai ‘perewang’atau ‘khadam’ yang ianya jelas dilarang dalam agama Islam kerana terdapatnya unsur SYIRIK.

Fatwa Lajnah Ad-Daa`imah mengatakan:

“Ruqyah mesti dilakukan dengan cara interaksi langsung (secara bersemuka) dengan pesakit dan tidak dapat melalui pembesar suara telefon atau live melalui telefon. Cara meruqyah yang seperti itu tidak sesuai dengan metode/kaedah rawatan ruqyah yang dilakukan Rasulullah saw dan para penerus mereka.”

“Sekadar memperdengarkan bacaan ayat atau doa-doa ruqyah tidak cukup untuk meruqyah, kerana ruqyah adalah amalan yang memerlukan keyakinan serta niat semasa melakukannya, juga serta interaksi langsung dengan pesakit agar dapat meniupkan sedikit angin bercampur air liur (isyarat) pada sakit yang dialami oleh pesakit. Tentu sahaja sekadar memperdengarkan bacaan ruqyah via MP3 atau youtube tidak memenuhi persyaratan tersebut.”

Ya, boleh. Prosedur pemagaran rumah yang biasa kita lakukan adalah seperti berikut:

  1. Bacaan Yasin 7 mubin
  2. Ruqyah bahan – bahan yang disediakan
  3. Pemagaran dibuat dibahagian luar dan dalam semasa Azan Maghrib
  4. Solat maghrib berjemaah
  5. Solat hajat berjemaah
  6. Ruqyah serta `scan` setiap warga rumah, sekolah atau premis perniagaan

Kos Pemagaran Rumah termasuk Air Mineral ( 2 Kotak ), Lada Hitam dan Garam Kasar.

Tempoh Ruqyah: Bergantung kepada saiz rumah / premis dan jumlah ahli keluarga yang menyertai.

Anggaran masa minima selama 2 jam.

Kos rawatan di Pusat Rawatan Islam Al Hijrah adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran (seumur hidup): RM30 (13 tahun Keatas), RM15 (0 Bulan – 12 Tahun)
  2. Konsultasi dan Diagnosis (15-20 min): RM30 / sesi
  3. Terapi Frekuensi: RM225/sesi
  4. Bekam Klinikal + Ruqyah : RM15/cup 
  5. RUQYAH Jama`ie (Berkumpulan) : Sumbangan Ikhlas
  6. RUQYAH Individu : Min RM50/seorang
  7. Rawatan `Pagar Rumah/Premis`: Bermula dari RM600 (Lengkap)
  8. Kos Perjalanan Rawatan Luar: RM4/km
Shopping Cart