Tentang Kami

VISI

Sebagai medan dakwah untuk memberi kefahaman tentang pengubatan islam sebagai rawatan komplementari.

MISI
  1. Menanam keyakinan bahawa al quran adalah penyembuh
  2. Melahirkan perawat pengubatan islam
  3. Mengembalikan zaman pengubatan islam
  4. Memperkenalkan perubatan islam kepada masyarakat
SLOGAN

“Lawan Tetap Lawan, Allah Yang Beri Kesembuhan”

BIODATA PENGASAS & PERAWAT UTAMA

Ustaz Kamal Din dilahirkan pada hari Khamis, 7 Disember 1978 bersamaan 6 Muharram 1399 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Hospital Tanjong Karang, Selangor. Sudah berkahwin dan dianugerahkan Allah SWT 3 orang anak lelaki dan 6 perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ke-8 daripada 12 orang adik beradik. 3 orang saudara lelaki beliau juga terlibat secara langsung dalam perubatan islam iaitu abang beliau Ustaz Zakaria bin Din dan Ustaz Zulkifli bin Din serta adik beliau Ustaz Yusuf bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai Ustaz Din, yang juga banyak merawat dan membantu mereka yang mengahadapi masalah khususnya mereka yang sukar mendapat zuriat bertahun-tahun serta masalah rumahtangga.

Latar Belakang Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal dari SRK Jalan Bomba dan SRA Seri Desa selama 6 tahun. Selepas itu melanjutkan pengajian ke SAM Seri Desa selama setahun sebelum ke SMKA Simpang Lima sehingga ke Tingkatan 6 Bawah. Tamat pengajian menengah, beliau menyambung pengajian di peringkat Diploma Pendidikan Islam dan Diploma Bahasa Arab di Kolej Islam Darul Ehsan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Wadi An Nil, Barbar, Sudan. Tamat pengajian tersebut, beliau berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan dalam masa yang sama menyambung pengajian ke peringkat Master di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pengajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa kedua. Setelah tamat pengajian tersebut, Beliau meneruskan pengajian dalam bidang perubatan Islam dan sempat berguru dengan Al Marhum Tuan Guru Dato` Dr. Harun Din selama setahun di Darussyifa, Bangi.

Sejarah Beliau dalam bidang Perubatan Islam

Sebelum Beliau terlibat secara aktif sebagai perawat bertauliah, beliau sering mengikuti Abang beliau merawat pesakit – pesakit sebagai pembantu. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang ini, beliau banyak membaca buku – buku perubatan Islam dan mula berguru ilmu perubatan Islam dengan Tuan Guru Dato Dr. Harun Din di Pusat Rawatan Islam Darussyifa pada Januari tahun 2012 bersama kumpulan pelajar ke-24.

Seusai tamat dari mengikuti kursus tersebut, ramai di kalangan rakan pensyarah dan pelajar – pelajar beliau yang datang bertemu untuk mendapatkan khidmat rawatan. Sehingga pada tahun 2016, beliau menamatkan perkhidmatan sebagai pensyarah tetap dan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam perubatan Islam melalui pusat rawatan islam yang diasaskan bersama Isteri beliau dan dibantu oleh 3 orang kakitangannya.

Berpengalaman membantu lebih dari 1000 pesakit yang datang ke pusat rawatan dengan pelbagai penyakit samada gangguan makluk halus mahupun penyakit fizikal sejak ianya ditubuhkan secara rasmi pada 2021.

Shopping Cart