Perkhidmatan

RUQYAH SYAR`IYYAH

Bagi merawat pesakit, kami menggunakan kaedah ruqyah syar`iyyah dimana pesakit dibacakan ayat-ayat khusus dari Al Quran dan Hadis mengikut keadaan penyakit pesakit samada bagi merawat masalah gangguan makhluk halus, sakit fizikal seperti angin dalam badan, senggugut, sakit sendi, kencing manis, darah tinggi dll dan juga sakit rohani seperti sering gelisah, cemas dan malas melakukan ibadah.

Antara ayat – ayat khusus yang dibaca adalah:

  • Surah Al Fatihah
  • Surah Al Baqarah 1:1-5, 1:102, 2:255, 3:284-286
  • Surah Al Hasyr 28: 21-24
  • Surah Al Mukminun 18:115-118
  • Surah As Saffat 23:1-10
  • Surah Yunus 11: 81-82
  • Surah Al A`raf 9:118-122
  • Surah Al Jinn 29: 1-10
  • Al Muawwizat iaitu surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas

Rawatan ruqyah bukan sahaja dibacakan keatas pesakit sahaja, bahkan juga dibacakan pada premis atau tempat kediaman, dan keatas bahan-bahan rawatan lain seperti Air Mineral, limau, daun bidara, lada hitam, garam, tumbuhan-tumbuhan tertentu seperti pokok dukung anak, akar pokok ara, akar pokok mengkuang, daun nangka dan lain-lain lagi.

TERAPI RENDAMAN KAKI

Selain dari merawat pesakit melalui kaedah ruqyah, kami juga memperkenalkan rawatan secara terapi rendaman kaki dengan menggunakan Garam Penawar Al Hijrah yang telah diruqyah terlebih dahulu. Ianya merupakan salah satu cara sebagai ikhtiar awal bagi mengesan gangguan makhluk halus dan juga berfungsi seperti berikut:

  • melancarkan system saraf, peredaran darah diseluruh badan serta mengimbangkan tekanan darah.
  • melegakan demam, kekejangan otot, sendi, gout, sakit lutut, masalah tiroid serta masalah period tidak teratur
  • mengurangkan bacaan kolestrol dalam darah, kencing manis, darah tinggi serta mengurangkan stress dan emosi negatif
  • membuang asid toksid dan kotoran serta membuang angin dalam badan
  • mengesan dan mengatasi masalah gangguan jin seperti sihir, saka dan santau.
BEKAM KLINIKAL

Kaedah Bekam Klinikal ini merupakan kaedah Sunnah yang sangat digalakkan bagi merawat pelbagai penyakit disamping menjaga aspek kebersihan dan keselamatan. Jurubekam kami bertauliah dan berpengalaman.
Selain dari merawat pelbagai penyakit, bekam sangat digalakkan jika dapat dibuat 6 bulan sekali untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang masa.

TERAPI RUQYAH RENDAMAN GARAM BUKIT SYIFA

Insha Allah mampu merawat sesiapa yang mempunyai gejala berikut:

  • Melancarkan Sistem Saraf
  • Membuang Toksin Dalam Badan
  • Mengimbangkan Tekanan Darah
  • Melembutkan Tumit Kaki Merekah
  • Meningkatkan Aura dan Potensi Diri
  • Membuang Angin Dari Badan
  • Masalah Haid TidaK Teratur
  • Melancarkan Peredaran Darah Seluruh Badan
  • Mengurangkan Kolestrol, kencing manis, darah tinggi dan Sakit² Lutut.
  • Sering mendengar bisikan tertentu.
  • Kesan lebam pada badan.
  • Mimpi menerima@menyusukan bayi.
  • Badan terasa bisa-bisa.
  • Hilang selera makan.
  • Benci dan malas melakukan ibadah.
  • Rumahtangga bermasalah.
  • Penyakit yang tidak dapat di kesan oleh doktor.
  • Menderita Penyakit yang susah disembuhkan.
  • Jantung sering berdegup secara tiba-tiba.
  • Tidur dalam keadaan Resah, rimas dan cemas
  • Benci dengan seseorang
  • Suka marah tanpa sebab / panas baran
  • Demam Panas, batuk dan Selsema
  • Dan lain² lagi.
Shopping Cart