Aman Spray

RM35.00

Category:

Description

Alternatif terbaik utk merawat masalah di rumah/kediaman/kedai/premis perniagaan/asrama/sekolah/kilang.

🌱kegunaan di rumah/kediaman- pindah rumah baru, pindah rumah sewa, gangguan anak tak boleh tidur malam,sering menangis malam, gangguan jin spt bunyi bising dlm rumah, nampak lembaga hitam sedang melintas dlm rumah, suami/isteri bergaduh , masalah pelesit org hantar, hantu raya, yg paling kerap berlaku adalah spt org tanam patung, tulang babi, tanah kubur dan benda2 syirik bertujuan utk memberi sakit misteri.

🌱kegunaan di kedai/premis perniagaan- masalah peniaga ,perniagaan merundum jatuh akibat perasaan hasad dengki kerana persaingan perniagaan, pelanggan x nampak kedai, sebab di sihir org, tuan punya kedai sering sakit, tidak ada perasaan utk berniaga, malas,sering mengantuk dan tempat berniaga sering di datangi lalat dan pelbagai binatang yg pelik di waktu petang hingga malam 🌱kilang/asrama/sekolah masalah serangan histeria ,rasukan jin dan hantu.

🌿🌿🌿cara penggunaan aman spray, baca al fatihah dan 3 surah qul dan niat dlm hati fan hajat. Spray di setiap sudut rumah.insyallah semua nya dgn izin Allah.

🌱produk bidara ikhtiar oleh pengasas dato ustaz ismail kamus. Di doa dan ruqyah sendiri oleh tuan guru.

 

Mudah di gunakan.
=================================
Aman Spray dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang bersumberkan ilmu perubatan Islam. Ianya diruqyah dan didoa oleh Dato’ Ustaz Ismail Kamus, dan pengamal-pengamal Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia selama beberapa hari bagi mendapatkan hasil dan kesan yang terbaik.

Aman Spray sebagai ikhtiar bagi menghalang dan menghalau gangguan makhluk halus dari rumah kediaman/premis.

CARA MEMAGAR RUMAH MENGGUNAKAN AMAN SPRAY

Waktu semburan, sebaiknya adalah pada petang sebelum waktu Maghrib.

Berdiri di mana-mana bahagian dinding rumah, atau pintu rumah, arah spray ikut pusingan tawaf/lawan arah jam (bahu kanan menghala dinding).

Mulakan dengan membaca Al-Fatihah dan ayat Qursi, kemudian ulang Ayat Qursi sambil spray sehingga habis (atau baca dan ulang 3 Qul).

Spray di dinding-dinding rumah, pintu, tingkap, dan paling utama adalah penjuru-penjuru rumah (bahagian atas), sekeliling rumah sehingga sampai ke tempat mula.

Spray tidak perlu terlalu tebal di dingin, memadai terkena bahagian dinding/pintu kemudian dan dan sebaiknya renjisan spray terkena sekeliling dinding rumah.

Untuk tambahan bagi gangguan yang kritikal boleh mulakan dengan Azan di tengah-tengah rumah dahulu, kemudian baru berdiri di dinding dan mulakan spray.

Semasa spray niat dalam hati agar Allah SWT keluarkan segala jin-jin yang tinggal atau mengganggu dalam di rumah kita.

BERAPA HARI PERLU GUNA AMAN SPRAY

Sebaik-baiknya 7 hari pertama adalah berturut-turut, kemudian selang seli jika perlu mengikut kadar gangguan jika masih ada.

Jika tidak sempat 7 hari disebabkan kerja atau lain-lain halangan, minima 3 hari berturut-turut dahulu tapi disyorkan pilihan pertama 7 hari berturut-turut.

PERLUKAH BUKA TINGKAP WAKTU SPRAY

Buka sedikit pintu utama atau pintu belakang/dapur.

Tidak perlu untuk buka semua tingkap.

Buka pintu dengan niat memudahkan jin keluar, hakikatnya jin juga boleh keluar sekiranya pintu tertutup melalui mana-mana ruang yang angin boleh laluinya.

AMAN SPRAY – PENDINDING RUMAH DARIPADA GANGGUAN JIN !

Aman spray sebagai ikhtiar bagi menghalang dan menghalau gangguan makhluk halus dari rumah kediaman dan premis anda.

Aman spray telah didoakan dan diruqyah oleh Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus dan pengamal perubatan Darussalam selama 3-5 hari bagi mendapatkan hasil dan kesan yang terbaik.

Jom kita ketahui tanda-tanda gangguan jin dalam rumah :

1) Masakan selalu cepat basi (rosak)

2) Selalu kedengaran bunyi guli jatuh ke lantai

3) Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabut pada waktu malam

4) Sering nampak kelibat dan lembaga hitam di rumah

5) Penghuni rumah sentiasa rasa seram dan takut apa

Shopping Cart